Tentang Syarikat Kami

RADIANT DISCOVERY SDN BHD mengkhusus dalam pembuatan Baja menggunakan produk daripada Teknologi Jerman dalam menghasilkan rangkaian penuh baja sejak tahun 2015. Syarikat kami juga terlibat secara aktif dalam industri pertanian sebagai pembuat, pengilang dan pengedar pelbagai jenis baja.

Syarikat kami bermatlamat tinggi dalam menyediakan produk dan perkhidmatan yang berkualiti terbaik bagi perniagaan sektor pertanian yang meluas seperti ladang dusun, ladang tumbuh-tumbuhan, pekebun kecil, landskap & nurseri yang akan menjadi asas untuk pelanggan menghasilkan hasil yang lebih baik dengan harga yang berbaloi. dengan itu, hasilnya akan memuaskan hati semua.

Syarikat kami pakar dalam menghasilkan formulasi dan pengeluaran baja cecair organik dan bukan organik menggunakan asid amino dan pelbagai jenis bahan organik. baja campuran organik dan tidak organik kami diperoleh daripada bahan mentah yang berkualiti tinggi dengan kawalan kualiti pengeluaran dan servis pembungkusan yang ketat.

Produk dan perkhidmatan kami terbukti tanpa keraguan di pasaran dan telah membantu ramai petani menghasilkan pulangan yang baik dengan hasil yang memuaskan hati mereka.

Rangkaian pengedaran kami adalah di seluruh Malaysia dengan sokongan daripada pelbagai rakan kongsi strategik dan sekutu.

Pelanggan anda yang paling tidak berpuas hati merupakan punca terbesar pembelajaran terbaik anda– Bill Gates

Visi
Untuk menjadi pembekal dan pengeluar utama baja organik dan tidak organik yang berkualiti tinggi
Misi

 

  • Untuk membantu petani mencapai hasil dan pulangan yang lebih baik dengan menggunakan produk kami
  • Untuk terus berusaha dalam meningkatkan prestasi produk dan perkhidmatan kearah mencapai kepuasan pelanggan
  • Untuk memastikan kesemua produk kami adalah selamat dan mesra alam
  • Untuk memainkan peranan penting dalam memberikan baja yang selamat dan berkualiti tinggi untuk menghasilkan tanaman yang sihat untuk dimakan

Lokasi dan Operasi Perniagaan

HQ, Pejabat

Alamat

AZ-A1-11, OF ANZEN BUSINESS PARK, Lot No. 1A/11(B), Anzen Business Park, No 3-9, Jalan 4/37A, Kawasan Industri Taman Bukit Maluri, 52100 Kepong, Kuala Lumpur.

Maklumat untuk dihubungi

Pejabat: 03-79627099
Faks: 03-79627011

Kilang

Alamat

Bidor, Perak

Maklumat untuk dihubungi

Pejabat: 03-79627099
Faks: 03-79627011